kenapa beberapa orang tidak suka hari isnin

h1

etiap kali tiba hari Isnin mesti dapat tengok ramai yang mengeluh dan merungut sebab “Monday Blues” kononnya. Aku tak tahu dari mana datangnya istilah “Monday Blues” tu yang menunjukkan kelesuan dan kemalasan kita untuk memulakan sebarang tugas atau kerja pada hari Isnin iaitu hari pertama setiap minggu. Sampai ada yang update status di Facebook dan Twitter minta ‘dilenyapkan’ hari Isnin. Wahh! Permintaan yang aku rasa tersangatlah BANGANG!

 

 

 

Allah telah menjadikan masa dalam seminggu ada 7 hari iaitu Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Dalam setiap hari tu ada peristiwa-peristiwa penting yang tercatat dalam diari Islam yang menjadi ingatan sepanjang zaman. Contoh peristiwa yang berlaku pada hari Isnin (yang dibenci oleh sesetengah orang) ialah hari Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan, hari Nabi Muhammad s.a.w. wafat, hari malaikat Jibril turun menemui Rasulullah s.a.w. buat kali pertama, bukti keesaan Allah diturunkan “Qul huwallahu ahad”, dan lain-lain. Kita pulak senang-senang minta ‘lenyapkan’ hari Isnin??

 

 

 

Tak terfikirkah kita masa sebanyak 7 hari tu Allah dah sediakan untuk kita buat amal ibadah tapi kita minta nak kurangkan masa. Rasa dah cukup ke bekalan untuk bawa ke akhirat? Kenapa tak minta kurangkan nyawa je? Mesti tak nak kan?

 

 

 

Hari Isnin juga sangat sesuai untuk kita berpuasa sunat. Menjadi amalan Rasulullah s.a.w berpuasa pada hari Isnin, dan hari Khamis. Kalau ‘dilenyapkan’ hari Isnin macam mana kita nak dapatkan keberkatan berpuasa sunat pada 2 hari tu? Takkan nak pahala untuk puasa sunat hari Khamis je? Pahala puasa hari Isnin taknak? Hebak mu! Sebagai umat Islam, kita digalakkan berpuasa pada hari Isnin dan hari Khamis sebagaimana Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,

 

 

 

“Dibentangkan amalan-amalan di hadapan Allah pada hari Isnin dan Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalanku (di hadapan Allah) pada ketika aku berpuasa” (Riwayat Imam Tirmizi).

 

 

 

Abi Qatadah juga menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa hari Isnin. Baginda menjawab,

 

 

 

“Itulah hari aku dilahirkan dan hari aku diutuskan (menjadi Nabi) atau hari diturunkan wahyu kepadaku” (Hadis riwayat Imam Muslim).

 

 

 

Kenapa orang benci hari Isnin sekarang ni sebab pada hari Isnin semua kena mula bangun pagi untuk ke pejabat atau sekolah, mula buat kerja, siapkan tugasan dan sebagainya sedangkan fizikal dan mental masing-masing masih belum puas bercuti pada hari Sabtu dan Ahad. Betul tak? Mungkin kita lupa bahawa setiap pekerjaan yang kita lakukan atas muka bumi ni dikira sebagai ibadah. Buat kerja-kerja kat ofis tu juga satu ibadah. Bangun pergi sekolah untuk belajar pun satu ibadah.

 

 

 

So, tak perlulah nak bermalas-malas atau nak “Monday Blues” sangat pada hari Isnin. Buat kerja dan tanggungjawab tu macam biasa lagi bagus daripada kita buang masa pada hari Isnin tu dengan update status Facebook dan Twitter mintak ‘dilenyapkan’ hari Isnin.It is so ‘bangang’ you know? Kih kih kih..

 

 

 

Selamat menjalani hari Isnin dengan pekerjaan dan amalan serta perbuatan yang memberi manfaat dan keberkatan dalam hidup kita.

 

 

 

 

 

 

Advertisements
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s