5 Hadiah Untuk HariJadi….

Arif Syahmi

  1. Coklat – Saya rasa jarang perempuan suka makan coklat ni. Alasan yang paling kuat mereka berikan adalah, takut gemuk. Tetapi daripada survey yang dibuat di fanpage kami, ramai wanita memberitahu bahawa mereka gemarkan coklat sebagai hadiah hari jadi. Mungkin coklat seperti Ferrero Rocher adalah hadiah yang paling sesuai untuk kategori coklat ini.
  2. Bunga – Perempuan mana yang tidak sukakan bunga, betul? Walaupun sekuntum bunga ros diberikan kepada mereka pun sudah cukup buatkan mereka gembira terangkat terbang ke langit. Tetapi adakah anda tahu setiap bilangan kuntuman bunga ada maksudnya yang tersendiri? Baca artikel kami ini,Rahsia di Sebalik Bilangan Kuntuman Bunga Ros, untuk dapatkan maklumat tersebut.

hadiah-teddy-bear

  1. Teddy Bear – Daripada kecil lagi, wanita dibesarkan dengan anak patung, dan juga teddy bear. Bagi mereka, teddy bear dapat mententeramkan mereka terutama apabila mereka dalam keadaan sedih, bersendirian ataupun ketika dalam ketakutan. Yang membuatkan teddy bear disukai wanita adalah kerana ianya gemuk, buncit…

View original post 166 more words

Advertisements
Posted in Uncategorized | Leave a comment

5 Hadiah Untuk HariJadi….

  1. Coklat – Saya rasa jarang perempuan suka makan coklat ni. Alasan yang paling kuat mereka berikan adalah, takut gemuk. Tetapi daripada survey yang dibuat di fanpage kami, ramai wanita memberitahu bahawa mereka gemarkan coklat sebagai hadiah hari jadi. Mungkin coklat seperti Ferrero Rocher adalah hadiah yang paling sesuai untuk kategori coklat ini.
  2. Bunga – Perempuan mana yang tidak sukakan bunga, betul? Walaupun sekuntum bunga ros diberikan kepada mereka pun sudah cukup buatkan mereka gembira terangkat terbang ke langit. Tetapi adakah anda tahu setiap bilangan kuntuman bunga ada maksudnya yang tersendiri? Baca artikel kami ini,Rahsia di Sebalik Bilangan Kuntuman Bunga Ros, untuk dapatkan maklumat tersebut.

hadiah-teddy-bear

  1. Teddy Bear – Daripada kecil lagi, wanita dibesarkan dengan anak patung, dan juga teddy bear. Bagi mereka, teddy bear dapat mententeramkan mereka terutama apabila mereka dalam keadaan sedih, bersendirian ataupun ketika dalam ketakutan. Yang membuatkan teddy bear disukai wanita adalah kerana ianya gemuk, buncit, dan perutnya sedap dipeluk. Oh ya, saya pun ada berikan Mrs Teddy sebuah anak patung teddy bear yang buncit, dan gemuk. Tetapi sekarang ni perut teddy bear tu dah jadi kempis dipeluk oleh Mrs Teddy. E..ganas! Hehehe..
  2. Jam Tangan – Bagi sesetengah orang, hadiah jam tangan adalah mahal. Tetapi mungkin dalam 5 atau 10 tahun sekali, kalau anda ada duit lebih, bolehlah belikan jam tangan kepada si dia sebagai tanda kasih sayang kepadanya. Kalau hendak jimat lagi, belilah jam tangan couple. Anda dapat satu, si dia pun dapat satu.
  3. Buku (novel) – Perempuan memang suka membaca novel. Tipulah kalau ada yang mengatakan mereka langsung tak pernah membacanya. Buku seperti novel merupakan di antara hadiah yang digemari oleh wanita. Tetapi tidak semestinya novel sahaja yang boleh diberikan sebagai hadiah. Anda juga boleh berikan buku lain seperti buku keagamaan atau buku yang berinformasi seperti,Indahnya Hidup Bersyariat, dan juga Hebatnya Kuasa Istikharah.

Jadi, itulah di antara lima hadiah yang paling digemari wanita sempena hari jadi mereka.

Posted in Uncategorized | 1 Comment

TOLONG SAYA MEMBUAT PILIHAN

saya mempunyai peminat namun,dia juga mencintai saya…download…KALAU AWAK LA JADI SAYA AWAK PILIH MANA SATU SAMA ADA BIAR DIA MINAT SAYA@CINTAI SAYA…..saya rasa bingung!!!!

Posted in Uncategorized | Leave a comment

bo amir iqram

download-1

Hariku
Harus dipenuhi dengan kehadiranmu sayangku
Fikiranku
Hanya dipenuhi dengan senyumanmu

 

 

 

Alangkah indah
Jika dirimu sentiasa
Di sisiku sayangku
Berikanku hanya satu
Hanya satu
Lagu

 

 

 

Hariku
Harus dipenuhi dengan kemanjaanmu cintaku
Fikiranku
Hanya dipenuhi dengan suaramu divaku

 

 

 

Posted in Uncategorized | Leave a comment

isnin 24/06/2013

bosanku rasa bosan walaupun berteknologi.kalau sekarang d sekolah kan best ramai rakan,guru di anggap rakan dan ada c shuhada.memang BOSAN! BOSAN! BOSAN!

Posted in Uncategorized | Leave a comment

kenapa beberapa orang tidak suka hari isnin

h1

etiap kali tiba hari Isnin mesti dapat tengok ramai yang mengeluh dan merungut sebab “Monday Blues” kononnya. Aku tak tahu dari mana datangnya istilah “Monday Blues” tu yang menunjukkan kelesuan dan kemalasan kita untuk memulakan sebarang tugas atau kerja pada hari Isnin iaitu hari pertama setiap minggu. Sampai ada yang update status di Facebook dan Twitter minta ‘dilenyapkan’ hari Isnin. Wahh! Permintaan yang aku rasa tersangatlah BANGANG!

 

 

 

Allah telah menjadikan masa dalam seminggu ada 7 hari iaitu Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Dalam setiap hari tu ada peristiwa-peristiwa penting yang tercatat dalam diari Islam yang menjadi ingatan sepanjang zaman. Contoh peristiwa yang berlaku pada hari Isnin (yang dibenci oleh sesetengah orang) ialah hari Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan, hari Nabi Muhammad s.a.w. wafat, hari malaikat Jibril turun menemui Rasulullah s.a.w. buat kali pertama, bukti keesaan Allah diturunkan “Qul huwallahu ahad”, dan lain-lain. Kita pulak senang-senang minta ‘lenyapkan’ hari Isnin??

 

 

 

Tak terfikirkah kita masa sebanyak 7 hari tu Allah dah sediakan untuk kita buat amal ibadah tapi kita minta nak kurangkan masa. Rasa dah cukup ke bekalan untuk bawa ke akhirat? Kenapa tak minta kurangkan nyawa je? Mesti tak nak kan?

 

 

 

Hari Isnin juga sangat sesuai untuk kita berpuasa sunat. Menjadi amalan Rasulullah s.a.w berpuasa pada hari Isnin, dan hari Khamis. Kalau ‘dilenyapkan’ hari Isnin macam mana kita nak dapatkan keberkatan berpuasa sunat pada 2 hari tu? Takkan nak pahala untuk puasa sunat hari Khamis je? Pahala puasa hari Isnin taknak? Hebak mu! Sebagai umat Islam, kita digalakkan berpuasa pada hari Isnin dan hari Khamis sebagaimana Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,

 

 

 

“Dibentangkan amalan-amalan di hadapan Allah pada hari Isnin dan Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalanku (di hadapan Allah) pada ketika aku berpuasa” (Riwayat Imam Tirmizi).

 

 

 

Abi Qatadah juga menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa hari Isnin. Baginda menjawab,

 

 

 

“Itulah hari aku dilahirkan dan hari aku diutuskan (menjadi Nabi) atau hari diturunkan wahyu kepadaku” (Hadis riwayat Imam Muslim).

 

 

 

Kenapa orang benci hari Isnin sekarang ni sebab pada hari Isnin semua kena mula bangun pagi untuk ke pejabat atau sekolah, mula buat kerja, siapkan tugasan dan sebagainya sedangkan fizikal dan mental masing-masing masih belum puas bercuti pada hari Sabtu dan Ahad. Betul tak? Mungkin kita lupa bahawa setiap pekerjaan yang kita lakukan atas muka bumi ni dikira sebagai ibadah. Buat kerja-kerja kat ofis tu juga satu ibadah. Bangun pergi sekolah untuk belajar pun satu ibadah.

 

 

 

So, tak perlulah nak bermalas-malas atau nak “Monday Blues” sangat pada hari Isnin. Buat kerja dan tanggungjawab tu macam biasa lagi bagus daripada kita buang masa pada hari Isnin tu dengan update status Facebook dan Twitter mintak ‘dilenyapkan’ hari Isnin.It is so ‘bangang’ you know? Kih kih kih..

 

 

 

Selamat menjalani hari Isnin dengan pekerjaan dan amalan serta perbuatan yang memberi manfaat dan keberkatan dalam hidup kita.

 

 

 

 

 

 

Posted in Uncategorized | Leave a comment

aku sebuah kapal terbang

byx

Namaku Great. Aku ialah sebuah kapal terbang persendirian. Aku dilahirkan di sebuah kilang di luar negara iaitu di Amerika. Setelah lengkap semua anggota badanku dipasang,aku dicat dengan warna kegemaranku iaitu,merah. Aku kemudiannya dieksport ke Malaysia menggunakan sebuah kapal laut yang besar. Sekarang,aku sudah menjadi warganegara Malaysia.

Setibanya di Malaysia,aku dihantar ke ruang pameran kapal terbang persendirian yang terbesar di sini. Aku dipamerkan bersama-sama rakan-rakanku yang lain. Selama aku di sini,akulah yang selalu mendapat perhatian dan pujian orang ramai.Mereka kagum dan tertarik akan rupa parasku. Kawan-kawanku sering iri hati terhadap aku.

Setelah dua minggu aku di ruang pameran itu,akhirnya aku terpaksa meninggalkan kawan-kawan yang telah menjadi sebahagian daripada hidupku. Aku dibeli oleh seorang jutawan ternama. Nama tuanku ialah Tan Sri Kamil. Aku dipandu pulang ke rumahnya yang terletak di Sri Hartamas oleh seorang juruterbang yang berpengalaman luas. Tugas aku adalah untuk membawa tuanku atas urusan kerja. Selain itu, aku turut digunakan untuk membawa tuanku melancong sama ada di dalam Malaysia atau di luar negara. Aku dijaga dengan baik bagai menatang minyak penuh.

Pada suatu hari,tuanku hendak pergi bercuti ke luar negara iaitu ke Jepun. Dalam perjalanan, dengan tidak semena-mena juruterbang yang memanduku hilang kawalan dan akibatnya aku terhempas di dalam hutan yang tebal. Badanku habis remuk dan rangka-rangka badanku patah dan berkecai. Akibat kemalangan itu juga, tuanku meninggal dunia. Perasaan aku pada waktu itu umpaca kaca terhempas ke batu.

Aku begitu sedih sekali. Aku dibawa ke tempat kelahiranku dan dibaiki semula. Setelah siap dibaiki, aku dihantar ke Malaysia semula. Malangnya, keluarga tuanku membuat keputusan untuk menjualku kepada orang lain memandangkan tiada siapa yang mahu akan diriku lagi. Hatiku terguris tetapi aku bangga kerana pernah mempunyai seorang tuan yang baik dan aku berpeluang menaburkan bakti kepadanya.

Posted in Uncategorized | Leave a comment